Friday, March 25, 2011

BERATNYA TANGGUNGJAWAB LELAKI~ ISTIMEWANYA WANITA DI SISI ALLAH SWT~


Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh.

Manakala dosa gadis bujang di tanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa ank perempuan yg belum berkahwin dan dosa ank lelaki yg belum baligh.


Beratkan?
Hukum menjelaskan ank laki kena tanggungjwb ke atas ibunya
Dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya,
maka berdosa baginya terutama Anak laki yg tua,
manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat pada suaminya.

Isteri berbuat baik,Pahala dapat kepadanya,
kalau isteri buat benda tak baik,
mcm tak menutup aurat dgn sempurna,
Dosanya di tanggung oleh suami.
Beratkan??

Suami kena bg nafkah pada isteri, ni wajib tapi isteri tidak.
Tapi isteri boleh Bantu untk ringankan beban suami.
HARAM bagi suami bertanyakan pendapatan isteri,
Lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izinnya.

Banyak lagi laki, lebih-lebih lagi bila dah bergelar SUAMI.
Suami kena tanggung.
Kalau nk di bayangkan beratnya,
Dosa-dosa yg perlu ditanggung seperti gunung dan semut.

Sebab tu mengikut kajian,nyawa org perempuan lebih
Panjang dari laki. Laki mati cepat sebab dah tak larat nak tanggung dosa yg beratnya (sekadar pendapat sendiri )

Wanita..- Auratnya lebih susah dijaga berbanding laki.
- Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar dari rmh.
- Saksinya kurang berbanding laki.
- Perlu menghadapi ksusahan mgandung dan melahirkan ank.
- Wajib taat kpd suami tapi suami tak perlu taat kpdnya..cume suami la kena consider.
- Talak terletak di tgn suami
- Wanita kurg beribadah kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pd laki.

PERNAHKAH KITA TGK SEBALIKNYA??

~Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat.
~Sudah pasti permata tidak akn dibiarkan bersepah-sepah bkn?
itulah bandingannya dgn seorg wanita.
~Wanita perlu taat kpd suami tetapi laki wajib taat kpd ibunya 3kali lebih utama daripada bapanya.
~Bukankan ibu adalah seorg wanita?
~Wanita menerima harta pusaka kurg dari laki,Tapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kpd suaminya,manakala laki perlu menggunakan harta pusaka ituuntk menyara anak-anak dan isteri.
~Wanita perlu bersusah-payah untk mengandung dan melahirkan anak,tapi setiap saat dia di doakan oleh segala haiwan,malaikat, dan seluruh mahluk ALLAH SWT di muka bumi dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil.
~Manakala dosanya di ampunkanOleh ALLAH SWT..
~Seorang wanita boleh masuk pintu syurga melalui mana-mana pintu syurga yg di sukainya cukup dgn empat syarat shj :

-Sembahyang lima waktu
-Puasa di bulan Ramadhan
-Mentaati suami
-Menjaga kehormatannya

~Seorang laki perlu pergi berjihad fisabilillah tapi wanita jika taat kpd suaminya serta menunaikan tanggungjawbnya kpd ALLAH SWT akanturut menerima pahala seperti pahala orang berperang Jihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH! Sayangnya ALLAH pada wanita.

Wednesday, March 23, 2011

minum air itu penting!!!!


memang ramai dah tahu tentang air ni kan...dan memang ramai dah praktikkan pun...tapi mungkin ada orang tak ambil pusing sangat tentang air.

***************************************************

Minum Air  sebaik sahaja bangun tidur di waktu pagi. Air MESTILAH suam - di dahulukan dengan selawat nabi atau kalau tak nak selawat, terpulang lah. Haba mampu menggembangkan bahagian-bahagian tertentu di dalam badan. Air suam di waktu pagi mampu menyediakan peti suara, usus, saluran peranakan, saliran darah dan 'penguin' kaum lelaki. Maka ini lah jawapan untuk mengetest 'penguin' supaya ianya sihat dan keras.


Minum 2 gelas air sebelum memulakan sarapan pagi. Sarapan sangat penting untuk kesihatan dan usus. Paling elok sarapan sebelum jam 10 pagi untuk 'mengejutkan' usus supaya ia bekerja . Dan sarapan tu biarlah sarapan ringan seperti OAT misalnya. . Buang tabiat nasik lemak, mihun goreng dan nasik kerabu atau apa apa sahajalah yang berat. Kesian perut.


Minum sekurang kurangnya 3 teguk air setiap 30 minit.


Sebelum sampai waktu makan tengahari, pastikan kamu dah habis minum sekurng-kurangnya 4 gelas air.


Periksa warna air kencing. Kalau kuning, selepas kencing minum air satu gelas besar. Minum air bersih lah ya.


Periksa kesihatan usus. Kalau pagi-pagi, selepas minum air, dalam masa 1 jam, tak rasa nak berak, maknanya usus kamu ada masalah. Sila lah pergi buat detox untuk buang toksin. Bagi yang nak tahu kenapa tak makan sebulan tapi berat badan masih sebegitu rupa, atau dah makan Mcdonald satu lori tapi badan pun sebegitu rupa, itu maknanya badan kau banyak toksin. Sila lah buat detox buang toksin. Selepas buat detox, sila minum banyak air untuk singkirkan toksin dengan cepat.


Selepas bersenam di gim atau berjogging, minum 2 gelas air. Barulah kalori yang terbakar di dalam badan boleh tersingkir melalui air kencing.


Sebelum masuk sauna minum 2 gelas air dan selepas sauna, lagi segelas.


Minum air untuk maintain kegebuan/kebersihan kulit.


Minum air untuk menjaga suara.


Minum air untuk menjaga organ dalaman badan.


Minum air untuk memberi tenaga. Penting untuk orang yang hamil.


Minum air untuk mengelakkan mengantuk.


Minum air dengan CARA YANG PERLAHAN untuk mengelakkan jantung jadi tertekan. Lebih kurang macam tu la ayat Dr. Wan Hassan tu. kene paham maksud dia. Sebab kadang-kadang kalau minum laju-laju, senak jugak dada.


Selepas minum air manis seperti teh tarik, teh o, kopi o tarik, milo tabur, sprite, pepsi dan sebagainya, cover balik dengan 1 atau 2 gelas air.


Pastikan kamu sudah pun habis minum SEKURANG-KURANGNYA 3000ml air sebelum jam 8 malam. Kalau lebih, lagi bagus. Rujuk warna air kencing kamu. Kalau perlu 4000ml, tak salah pun. Tapi mesti habiskan sebelum 8 malam.


Oh. Dilarang pula minum 3000ml sekali gus pada jam 7 malam.


Selepas 8 malam, minum 1 gelas air sahaja. Seelok-eloknya, selepas sudah makan malam (dalam jam 6 -8 pm) dan satu gelas setengah sebelum masuk tidur.


Jangan mengumpat, mencarut, mengata, mengutuk di depan air. AIR ADALAH BENDA HIDUP. Ia dengar, rakam dan transfer balik. Jadi tak hairan lah kenapa sesetengah perangai buruk kita warisi dari turun temurun.


wallahualam

4FAKTA YANG ANDA TAK TAHU...MESTI BACA NI


Fakta 1 :
Anda tidak boleh menyentuh semua gigi anda dengan lidah anda…
Fakta 2 :
Setelah membaca Fakta 1 kamu dengan bodohnya mempraktikkannya
He He He —> Korang mengaku jer la …!!!
Fakta 3 :
Setelah baca Fakta ke 2 anda tersenyum pahit ….
dan berkata dalam hati “Hampeh..! aku dah terkena nih!”
He He He…!!! betul ker?? Dan…
Fakta 4 :
Setelah anda membaca Fakta 3 anda berniat untuk copy lawak bodoh ni kepada geng korang yang lain untuk kenakan diaorang seperti korang yang telah terkena ……Wkwkwkwkwk…!!!

pak pandir yg pandir... hik2

adakah anda tergolong dlm kategori PAK PANDIR.??
Current mood:cheerful
hahahahaha….. adakah anda juga tergolong dlm kategori pak pandir?


Bagaimana mengenali Pak Pandir?

* dia call seseorang untuk tanya nombor telefon terbaru orang itu.

* dia fax surat dengan stem diatasnya.

* cuba melemaskan ikan dengan merendamnya didalam air.

* cuba tanya harga barang di kedai dua ringgit.

* study hard untuk ujian darah.

* tertinggal bas no 20, kemudian mengambil bas no 10 dua kali.

* fikir kumpulan peterpan boleh terbang diangkasa.

* vote untuk Mawi setiap kali astro ulang tayang konsert akademi fantasia.

* Beri ayamnya makan nasi ayam kerana menyangka nasi ayam adalah makanan ayam.

* mengira bilangan penumpang bas sebelum naik.

* dia baca list ini.

hahahahahah. . adeh adehh.. hampehh

Tuesday, March 22, 2011

ayam bermacam aym... hehehe

CERITA AYAM YANG MACHO...
Current mood:cheerful
Ceritanya berkisar di sebuah ladang penternakan ayam yang terletak di Gunung Semanggul.Tentang sebuah peternakan ayam. Disana ada 25 Ayam betina dan seekor ayam jalak (kira ayam jantan macholah) yang umurnya sudah lanjut dimamah masa (cewah-cewah cam novel percintaan la pulak).

Karena merasa bahwa ayam jalak yang sudah tua tadi sudah melewati masa suburnya, si pemilik ladang tersebut memutuskan untuk membeli seekor ayam jalak lagi yang masih muda, tampan, segak, macho dan yang sewaktu denganya.

Dengan secara tidak sengaja hal ini membuatkan si ayam jalak tua menjadi merasa tersaing. Lalu bibit2 cemburu dan hasat dengki menguasai dirinya, mulalah diyer mengatur srategi. Lalu terjadi percakapan
seperti ini :

Si ayam jalak tua : Eh, kamu jangan serakah sgt kat sini. Ayam betinanya kan ada 25. Kamu boleh ambil yang 15, bakinya bagi aku.

Si ayam jalak muda: Banyak hensem ko punya muka, tua tak sedarkan diri. Hang tu dah tua dah tak larat dah so semua untuk aku sahaja.

Si ayam jalak tua : hek eleh...berlagak tul mamat seekor ni (jalak tua bercakap lam ati yer). Seper kata aku tua tak larat lagi, ko jgn pandang rendah pada aku, kang aku sekeh kang... O.klah, aku maleh nak gaduh ngan budak hingusan cam ko ni (jalak tua, menunjukkan eksen nyer) so apa kata kalau kita pertontonkan kemanchoan kita ngan mengadakan satu pertandingan. Siapa yang menang boleh ambil semua ayam betina yang ada kat sini ayam ini. Yang kalah kirim salam.

Si ayam jalak muda: Aku.. aku boleh sahaja, pantang dicabar ni. Kita nak buat pertandingan apa ni... cabut bulu ayam ker (jalak muda membuat lawak loya beruk giler)

Si ayam jalak tua : bukan! Senang jer pertandingan lumba lari.

Sambil tersenyum lembu, Si ayam jalak muda: Set

Si ayam jalak tua : Lumbanya 400M. tapi karena aku sudah tua, aku minta untuk lari dulu di depanmu 50 meter.

Si ayam jalak muda: Boleh (dengan penuh keyakinan).

Maka pertandingan pun dimulai. Ayam jalak tua lari dulu 50 meter baru ayam jalak yang muda lari menyusul dengan kecepatan kuasa extra gaban yang mengkagumkan. Eh, baru kurang 1 meter menyusul, si ayam jalak muda
ditembak langsung oleh pemilik peternakan. Kenapa?????

[jawaban ada di bawah]

Kata Pemilik : "Kurang ajar. INI AYAM JALAK-HOMOSEKS NI. Asal setiap aku beli dapat yang macam ni SUKA SANGAT KEJAR-KEJAR AYAM JALAK TUA AKU"

NiLAI MORAL : Jgn berlagak ngan org tua (diorang banyak trick, hehehe)
HORMATILAH ORANG YANG LEBIH TUA DARI KITA..

mari la diet dgn cara yg betoiiii

kpd korang yg nk diet..moh ikut care yg btul..(cara rasulullah s.a.w)

Current mood:focused

CARA DIET PERMAKANAN RASULULLAH S.A.W

Jangan makan SUSU + DAGING

Jangan makan DAGING + IKAN

Jangan makan IKAN + SUSU

Jangan makan AYAM + SUSU

Jangan makan IKAN + TELUR

Jangan makan IKAN + DAUN SALAD

Jangan makan SUSU + CUKA

Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI ,
SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH
DAHULU, BARU MAKAN NASI.

TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM .
SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN
DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN
AKAN BERGANDA.

Nampak memanglah pelik.. tapi, kalau tak
percaya... kawan2
cubalaa.................................
Ianya takdelah dalam jangka masa
terdekat nie.... Ianya berkesan bila
kita sudah tua nanti.

Dalam kitab juga ada melarang kita makan
makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah menegah kita makan ikan
bersama susu. di kuatiri akan cepat
mendapat penyakit.
Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai
dimana dalam badan ayam mengandungi ion+
manakala dalam ikan mengandungi ion-,
jika dalam suapan ayam bercampur dengan
ikan maka terjadi tidakkan balas
biokimia yang terhasil yang boleh
merosakkan usus kita.

p/s : Sampaikan walau sepatah...

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga
kesihatan spt membuat
amalan spt:-

Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang
kurangnya sejam sebelum matahari naik.
Air sejuk
yang meresap kedalam badan boleh
mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh
saksikan orang mengamal mandi pagi
kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air
sejuk (bukan air ais) setiap pagi.
Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit
(susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita
bertafakur (iaitu sujud sekurang
kurangnya seminit selepas membaca doa).
Ia boleh mengelak dari sakit pening atau
migrin. Ini terbukti oleh para saintis
yang membuat kajian kenapa dalam sehari
perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah
menemui beberapa milimeter ruang udara
dalam saluran
darah di kepala yg tidak dipenuhi darah.
Dengan bersujud maka darah akan mengalir
keruang berkenaan.

Nabi juga mengajar kita makan dengan
tangan dan bila habis hendaklah menjilat
jari. Begitu juga ahli saintis telah
menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung
di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda
terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis
alat percerna makanan, tanpanya makanan
tidak hadam) Wassalam...

Sama2lah kita mengamalkannya.......

WallahuA'lam