Sunday, April 24, 2011

penyakit gout!!!

Penyakit Gout merupakan satu bentuk arthritis yang disebabkan oleh hyperuricemia. Hyperuricemia ditakrifkan sebagai aras plasma urate (asid urik) melebihi 420 μmol/L (7.0 mg/dL); hyperuricemia adalah ciri-ciri utama gout dan pasti ada bagi penyakit gout walaupun aras asid urik yang tinggi tidak semestinya bererti seseorang itu akan mengidap penyakit gaut.
GOUT memang sudah sebati dikaitkan sebagai penyakit lelaki dan ia jarang sekali berlaku kepada wanita. Jika ada pun, kemungkinan berlaku hanyalah selepas wanita mengalami menopaus.
Apabila gout menyerang, kaki akan menjadi bengkak, panas dan amat sakit hingga ada sesetengah pesakit tidak boleh berjalan. Malah, kesakitan ini boleh berlanjutan beberapa hari dan hanya hilang dengan pengambilan ubat.
Gout mula dikenal pasti lebih 2,000 tahun dulu dan dikatakan antara penyakit tertua. Dulunya ia dipanggil penyakit orang kaya lantaran ia dikaitkan dengan pengambilan makanan dan minuman yang terlalu banyak khasiat.

Ia adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protein); berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.

Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi yang daripada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan.

Menurut Perunding Pembedahan Ortopedik dan Trauma, Dr Robert Penafort, punca sebenar masalah metabolik masih belum diketahui bagaimanapun individu yang menghidap kencing manis, obesiti dan sakit buah pinggang juga berisiko mendapat 
gout.
Aras asid urik yang tinggi dikaitkan dengan usia, obesiti, type IV hyperlipidaemia, diabetes mellitus, ischaemic heart disease dan hypertension. Kadang kala, seseorang itu mewarisi kecacatan genetik dari keluarga mereka.

Tisu lembut 
Gout boleh dibahagikan kepada empat peringkat; asimptomatik (tiada simptom), akut, interkritikal dan kronik. Dalam kes akut, simptom gout berlaku secara cepat dan tiba-tiba; biasanya hanya menyerang tisu lembut pada beberapa sendi.

Manakala bagi peringkat kronik, serangan 
gout boleh berlaku berulang-ulang yang dipanggil polyarticular gout. Pesakit akan berasa amat sakit, kejang dan kaki berubah bentuk. Ada juga yang mungkin menghadapi masalah kaki bengkak, merah, panas dan demam. 

Pengumpulan asid ini boleh dilihat melalui kulit akibat pembentukan bonjolan kecil yang dipanggil tophi. Pada keadaan yang lebih serius, tophi yang terlalu besar mungkin pecah dan mengeluarkan bahan seperti kapur.

“Selain kaki, 
gout juga boleh berlaku pada anggota badan yang lain seperti buku lali, lutut, tangan dan pergelangan tangan. Kesakitan boleh berlanjutan antara lima hingga 10 hari mengikut keadaan pesakit. Sendi yang diseranggout akan bengkak, merah dan panas. 

“Secara semula jadi asid urik akan larutkan dalam darah dan disingkirkan daripada badan melalui air kencing. Adakalanya badan menghasilkan terlalu banyak sehingga ia berkumpul menjadi kristal berbentuk jarum pada sendi atau tisu sekelilingnya menyebabkan sendi bengkak dan sakit,” katanya.

Bagaimanapun, bukan semua sakit sendi disebabkan kristal asid urik kerana pemendapan kalsium pirofosfat dihidrat juga boleh menyebabkan kesakitan pada pergelangan kaki, lutut dan pergelangan tangan — yang dipanggil 
gout palsu atau pseudogout
.

Tanda-tanda

Ciri-ciri klasik adalah sakit melampau ( excruciating pain ) yang mengejut biasanya bermula hanya pada satu sendi, terutamanya ibu jari kaki (75% daripada serangan pertama adalah sendi metatarsal-phalangeal pertama).

FAKTOR RISIKO
·  Jantina — Secara umumnya, lelaki lebih berisiko mendapat gout pada kadar 90 peratus kes yang dilaporkan.
·  Gaya hidup — Individu yang banyak minum minuman keras terutama bir dikatakan lebih berisiko mendapatgout.
·  Obesiti — Terutama bagi individu yang mempunyai berat badan lebih 66 kilogram daripada berat badan normal.
·  Penyakit, keadaan kesihatan dan ubat — Sesetengah penyakit seperti tekanan darah tinggi yang tidak dikawal, diabetes, hiperdislipidemia (paras lemak dan kolesterol yang tinggi) dan arteriosklerosis (penyempitan salur darah) juga boleh menyebabkan gout.
Individu yang menjalani pembedahan atau mendapat sakit tenat secara tiba-tiba dan terlantar lama juga boleh mengalami peningkatan asid urik dalam badannya. Malah, ubat mengawal tekanan darah dan kemoterapi juga dikenal pasti boleh meningkatkan paras asid urik dalam badan pesakit.
·  Genetik — Kajian mendapati satu daripada empat pesakit datang daripada keluarga yang ada masalah gout.
·  Umur — Biasanya gout menyerang pesakit tua tetapi kini banyak kes membabitkan pesakit berumur 30 hingga 50 tahun. Manakala bagi wanita, kebanyakan kes bermula selepas umur putus haid.

Bila sepatutnya mendapatkan rawatan? Kata Dr Penafort, apabila sendi berasa panas, bengkak dan sakit kerana jika tidak dirawat masalah ini akan bertambah buruk serta boleh menyebabkan kerosakan sendi.

Malah, individu yang mengalami masalah kencing manis, obesiti, anemia, pesakit buah pinggang atau pengambilan ubat yang mengganggu pengkumuhan asid urik turut berisiko mendapat 
gout. .

Menurut Dr Penafort, asid urik biasanya disingkirkan daripada badan melalui air kencing dan najis. Kegagalan badan mengeluarkan asid urik berlebihan akan menyebabkan ia mendak dan berkumpul sama ada di sendi, buah pinggang atau kulit.

Mewarisi
Gout juga biasa dikaitkan dengan tabiat pemakanan tidak sihat dan seimbang. Walaupun begitu, dalam sesetengah kes ia boleh diwarisi, terutama individu yang tiada enzim untuk membuang asid urik.
Gout juga boleh disebabkan masalah obesiti, gemuk, tekanan, kerosakan buah pinggang. Bagi individu yang mempunyai masalah gout, mereka disarankan untuk berpantang sedikit dan menghindarkan makanan kaya purin seperti bijirin, makanan laut, makanan berprotein tinggi, ikan bilis, minuman keras, kicap, teh dan kopi. Sebaliknya, minum lebih banyak air masak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari dan kerap bersenam.

Buat masa sekarang, tiada rawatan khas untuk menyembuhakan 
gout tetapi masalah ini boleh diatasi dan dikawal dengan mengambil ubat tahan sakit seperti endometacin (indocid) dan diclofenac (voltaren).

Individu yang kerap mengalami serangan 
gout sebaik-baiknya mempunyai bekalan ubat allopurinol di rumah untuk mengimbangkan paras asid urik dalam badan yang perlu diambil sepanjang hayat.
Beberapa ubat yang dicadangkan bagi rawatan jangka panjang termasuk uricosuric (probenecid dan sulphinpyrazone).
Manakala untuk serangan mendadak, pesakit boleh mengambil ubat antiinflamatori bukan steroid (NSAIDs), colchicine (untuk serangan yang kurang kerap) dan corticosteroids.

Diagnosis

Diagnosis tepat bagi gout adalah melalui microscopi ( fluid aspirated ) sendi dari sendi (ujian ini mungkin sukar dilaksanakan) untuk membuktikan kristal monosodium urate intrasellular dalam cecair synovial polymorphonuclear leukocytes.
Aras Serum urate biasanya meningkat. Serum urea dan creatinine mungkin meningkat sekiranya terdapat kegagalan ginjal.

Rawatan

Rawatan awal adalah penghilang sakit. Apabila diognasa telah disahkan, dadah pilihan adalah ( colchicine, nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs), atau intraarticular glucocorticoids ). (Dalam bahasa Inggeris)
Rawatan jangka panjang adalah terapi antihyperuricemik. Perubahan permakanan mampu membuat perubahan kecil kepada mengurangkan aras plasma urate jika diet rendah ( purines ) diambil. Rawatan utama gaut adalah dadah allopurinol, satu pemendam xanthine oxidase, yang bertindak dengan mengurangkan penghasilan asid urik, dan meningkat penyingkiran asid urik berlebihan melalui air kencing.
Keputusan mengambil allopurinol sering kali merupakan keputusan sepanjang hayat. Terdapat pesakit yang berhenti pengambilan allopurinol diketahui kembali mendapat gaut arthritik akut, disebabkan pertukaran aras serum urate kelihatannya meningkatkan penhasilan kristal.
Oleh kerana arterial hypertension sering wujud seiring dengan gout rawatan yang diberikan dengan menggunakan losartan, musuh penerima AT, mungkin mempunyai kebaikan tambahan pada aras plasma asid urik. Dengan ini, losartan boleh mengimbangi kesan sampangin negetif thizides pada metabolisma pesakit gaut.
Menariknya, sejenis dadah lain, fenofibrate, digunakan untuk merawat hyperlipidemia, juga memberikan kesan baik pada kesan uricosuric.
Diet rendah Purine:
  • ceri didapati mampu mengurangkan asid urik
  • strawberry juga dikatakan membawa kebaikan sekiranya di makan.
  • elakkan makanan tinggi purine, iaitu yang berasal dari sumber protin
  • hadkan daging kepada satu hidangan sehari
  • Jangan makan
    • sweetbreads, buah pinggang, hatiotak, atau sebarang daging organ lain
    • sardin
    • ikan bilis
    • hasil daging, consommés, dan ( gravies )
  • Guna secara berhemah:
    • asparaguskacanglentilspeascendawancauliflowerspinachrhubarb
  • Elakkan kurang air:
    • Minum banyak cecair, terutamanya air, untuk mecairkan dan membantu proses penyingkiran urate;
    • Cuba elakkan makanan atau ubat diuretik seperti aspirin, vitamin Ctea dan alkohol.
  • Joe-Pye weed menyingkir asid urik dengan pantas, tetapi pengunaan berterusan boleh merosakkan hati atau buah pinggang.

Monday, April 11, 2011

jamban oh jamban


Pelik nykoleksi jamban terbaru... Jamban

agak2 nak tak masak sambil berak?
ni gambar kat japan
tandas ni berhantu..ada gigi, sapa nak buang kena gigit kang , cuba bayang kalau benda ni malam2
ni urinal yang ada tangan robot, fungsi dia untuk tlg kita cuci? haha, mungkin jugak kan, pelik la design 2 ni
cerita pasal tandas, kat dunia ni ada macam2 jenis tandas pelik2 yang boleh kita tengok
tengok sink ni..air dia trus flow jatuh kat floor trap tu. cun ek?
design tisu tandas ni pun best. masa kesat tu kita mesti rasa cam kaya sbb pakai duit je ... hhehehe
ni la tandas apa tatau..canggih je nampak
tandas pelbagai fungsi

p/s: nak berak pun susah2. cangkung pastu buang,,flush ,,sudah laa. apa2 susah2

Friday, March 25, 2011

BERATNYA TANGGUNGJAWAB LELAKI~ ISTIMEWANYA WANITA DI SISI ALLAH SWT~


Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh.

Manakala dosa gadis bujang di tanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa ank perempuan yg belum berkahwin dan dosa ank lelaki yg belum baligh.


Beratkan?
Hukum menjelaskan ank laki kena tanggungjwb ke atas ibunya
Dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya,
maka berdosa baginya terutama Anak laki yg tua,
manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat pada suaminya.

Isteri berbuat baik,Pahala dapat kepadanya,
kalau isteri buat benda tak baik,
mcm tak menutup aurat dgn sempurna,
Dosanya di tanggung oleh suami.
Beratkan??

Suami kena bg nafkah pada isteri, ni wajib tapi isteri tidak.
Tapi isteri boleh Bantu untk ringankan beban suami.
HARAM bagi suami bertanyakan pendapatan isteri,
Lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izinnya.

Banyak lagi laki, lebih-lebih lagi bila dah bergelar SUAMI.
Suami kena tanggung.
Kalau nk di bayangkan beratnya,
Dosa-dosa yg perlu ditanggung seperti gunung dan semut.

Sebab tu mengikut kajian,nyawa org perempuan lebih
Panjang dari laki. Laki mati cepat sebab dah tak larat nak tanggung dosa yg beratnya (sekadar pendapat sendiri )

Wanita..- Auratnya lebih susah dijaga berbanding laki.
- Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar dari rmh.
- Saksinya kurang berbanding laki.
- Perlu menghadapi ksusahan mgandung dan melahirkan ank.
- Wajib taat kpd suami tapi suami tak perlu taat kpdnya..cume suami la kena consider.
- Talak terletak di tgn suami
- Wanita kurg beribadah kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pd laki.

PERNAHKAH KITA TGK SEBALIKNYA??

~Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat.
~Sudah pasti permata tidak akn dibiarkan bersepah-sepah bkn?
itulah bandingannya dgn seorg wanita.
~Wanita perlu taat kpd suami tetapi laki wajib taat kpd ibunya 3kali lebih utama daripada bapanya.
~Bukankan ibu adalah seorg wanita?
~Wanita menerima harta pusaka kurg dari laki,Tapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kpd suaminya,manakala laki perlu menggunakan harta pusaka ituuntk menyara anak-anak dan isteri.
~Wanita perlu bersusah-payah untk mengandung dan melahirkan anak,tapi setiap saat dia di doakan oleh segala haiwan,malaikat, dan seluruh mahluk ALLAH SWT di muka bumi dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil.
~Manakala dosanya di ampunkanOleh ALLAH SWT..
~Seorang wanita boleh masuk pintu syurga melalui mana-mana pintu syurga yg di sukainya cukup dgn empat syarat shj :

-Sembahyang lima waktu
-Puasa di bulan Ramadhan
-Mentaati suami
-Menjaga kehormatannya

~Seorang laki perlu pergi berjihad fisabilillah tapi wanita jika taat kpd suaminya serta menunaikan tanggungjawbnya kpd ALLAH SWT akanturut menerima pahala seperti pahala orang berperang Jihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH! Sayangnya ALLAH pada wanita.

Wednesday, March 23, 2011

minum air itu penting!!!!


memang ramai dah tahu tentang air ni kan...dan memang ramai dah praktikkan pun...tapi mungkin ada orang tak ambil pusing sangat tentang air.

***************************************************

Minum Air  sebaik sahaja bangun tidur di waktu pagi. Air MESTILAH suam - di dahulukan dengan selawat nabi atau kalau tak nak selawat, terpulang lah. Haba mampu menggembangkan bahagian-bahagian tertentu di dalam badan. Air suam di waktu pagi mampu menyediakan peti suara, usus, saluran peranakan, saliran darah dan 'penguin' kaum lelaki. Maka ini lah jawapan untuk mengetest 'penguin' supaya ianya sihat dan keras.


Minum 2 gelas air sebelum memulakan sarapan pagi. Sarapan sangat penting untuk kesihatan dan usus. Paling elok sarapan sebelum jam 10 pagi untuk 'mengejutkan' usus supaya ia bekerja . Dan sarapan tu biarlah sarapan ringan seperti OAT misalnya. . Buang tabiat nasik lemak, mihun goreng dan nasik kerabu atau apa apa sahajalah yang berat. Kesian perut.


Minum sekurang kurangnya 3 teguk air setiap 30 minit.


Sebelum sampai waktu makan tengahari, pastikan kamu dah habis minum sekurng-kurangnya 4 gelas air.


Periksa warna air kencing. Kalau kuning, selepas kencing minum air satu gelas besar. Minum air bersih lah ya.


Periksa kesihatan usus. Kalau pagi-pagi, selepas minum air, dalam masa 1 jam, tak rasa nak berak, maknanya usus kamu ada masalah. Sila lah pergi buat detox untuk buang toksin. Bagi yang nak tahu kenapa tak makan sebulan tapi berat badan masih sebegitu rupa, atau dah makan Mcdonald satu lori tapi badan pun sebegitu rupa, itu maknanya badan kau banyak toksin. Sila lah buat detox buang toksin. Selepas buat detox, sila minum banyak air untuk singkirkan toksin dengan cepat.


Selepas bersenam di gim atau berjogging, minum 2 gelas air. Barulah kalori yang terbakar di dalam badan boleh tersingkir melalui air kencing.


Sebelum masuk sauna minum 2 gelas air dan selepas sauna, lagi segelas.


Minum air untuk maintain kegebuan/kebersihan kulit.


Minum air untuk menjaga suara.


Minum air untuk menjaga organ dalaman badan.


Minum air untuk memberi tenaga. Penting untuk orang yang hamil.


Minum air untuk mengelakkan mengantuk.


Minum air dengan CARA YANG PERLAHAN untuk mengelakkan jantung jadi tertekan. Lebih kurang macam tu la ayat Dr. Wan Hassan tu. kene paham maksud dia. Sebab kadang-kadang kalau minum laju-laju, senak jugak dada.


Selepas minum air manis seperti teh tarik, teh o, kopi o tarik, milo tabur, sprite, pepsi dan sebagainya, cover balik dengan 1 atau 2 gelas air.


Pastikan kamu sudah pun habis minum SEKURANG-KURANGNYA 3000ml air sebelum jam 8 malam. Kalau lebih, lagi bagus. Rujuk warna air kencing kamu. Kalau perlu 4000ml, tak salah pun. Tapi mesti habiskan sebelum 8 malam.


Oh. Dilarang pula minum 3000ml sekali gus pada jam 7 malam.


Selepas 8 malam, minum 1 gelas air sahaja. Seelok-eloknya, selepas sudah makan malam (dalam jam 6 -8 pm) dan satu gelas setengah sebelum masuk tidur.


Jangan mengumpat, mencarut, mengata, mengutuk di depan air. AIR ADALAH BENDA HIDUP. Ia dengar, rakam dan transfer balik. Jadi tak hairan lah kenapa sesetengah perangai buruk kita warisi dari turun temurun.


wallahualam

4FAKTA YANG ANDA TAK TAHU...MESTI BACA NI


Fakta 1 :
Anda tidak boleh menyentuh semua gigi anda dengan lidah anda…
Fakta 2 :
Setelah membaca Fakta 1 kamu dengan bodohnya mempraktikkannya
He He He —> Korang mengaku jer la …!!!
Fakta 3 :
Setelah baca Fakta ke 2 anda tersenyum pahit ….
dan berkata dalam hati “Hampeh..! aku dah terkena nih!”
He He He…!!! betul ker?? Dan…
Fakta 4 :
Setelah anda membaca Fakta 3 anda berniat untuk copy lawak bodoh ni kepada geng korang yang lain untuk kenakan diaorang seperti korang yang telah terkena ……Wkwkwkwkwk…!!!

pak pandir yg pandir... hik2

adakah anda tergolong dlm kategori PAK PANDIR.??
Current mood:cheerful
hahahahaha….. adakah anda juga tergolong dlm kategori pak pandir?


Bagaimana mengenali Pak Pandir?

* dia call seseorang untuk tanya nombor telefon terbaru orang itu.

* dia fax surat dengan stem diatasnya.

* cuba melemaskan ikan dengan merendamnya didalam air.

* cuba tanya harga barang di kedai dua ringgit.

* study hard untuk ujian darah.

* tertinggal bas no 20, kemudian mengambil bas no 10 dua kali.

* fikir kumpulan peterpan boleh terbang diangkasa.

* vote untuk Mawi setiap kali astro ulang tayang konsert akademi fantasia.

* Beri ayamnya makan nasi ayam kerana menyangka nasi ayam adalah makanan ayam.

* mengira bilangan penumpang bas sebelum naik.

* dia baca list ini.

hahahahahah. . adeh adehh.. hampehh